Monday, June 29, 2009



Dah lama tak bawak anak-anak pergi bersiar-siar, so last Sunday me and family pergi bersiar-siar area KL.. tak jauh manapun :). My wife ajak pergi ke Pusat Sains Negara near Bukit Kiara coz I pernah janji bawa diaorang ke sana. Jam 11:30am kami selamat tiba di perkarangan PSN, budak-budak ni dah tak sabar nak masuk especially si FIFI :). Tiket masuk tak mahal..Dewasa RM4 shj dan Budak Sekolah RM3 shj..mmmm. Keseluruhannya PSN ni menarik dan banyak informasi yang boleh diambil di sini khusus untuk Pelajar Sekolah.

Tepat jam 2:00pm kami mengakhiri lawatan ke PSN dan meneruskan perjalanan kami ke Masjid Negara untuk menunaikan Solath Zohor. Budak-budak nie pun baru 1st time jejak kat Masjid Negara..agak exited jugak mereka. Adam(abang ngah) macam biasa, tak duduk diam. FIFI dah keletihan tertidur di pangkuan Ibunya.

Setelah menunaikan solath zohor, jam 2:30pm kami meneruskan aktiviti jalan2 hujung minggu kami ke Taman Dinosour, Taman Tasik Perdana..Adam & Kak Long melepaskan geramnya bermain dan berkejar-kejaran..dan tak ketinggalan FIFI..seronok bermain buaian. Selepas sejam kami bersantai di sini akhirnya kami menamatkan perjalanan dan terus pulang ke Teratak kami.

Destinasi seterusnya....LANGKAWI..tungguuu.
(RALAT : DISEBABKAN KES H1N1 YANG MENULAR KETIKA INI,KAMI SEKELUARGA TERPAKSA MEMBATALKAN PERCUTIAN KE LANGKAWI)

0 comments:

Post a Comment